Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di
dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
1. Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu
(muslimin).
2. Bacalah Al-Qur'an
3. Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu
kepada orang lain.
4. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
5. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
6. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan
akhirat.
7. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut
kepada perangaimu yang tidak baik.
8. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
9. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
10. Jangan engkau
sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah
dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging
orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta
menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang
dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat
daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah
lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah
S.W.T."
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKKAN BABI
Nabi Musa
adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit
itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan
menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi
lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah,
siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun
menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya
sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau Berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan
duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan
sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut
melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh
kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi
jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia
melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama
Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua
babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang
besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya
tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada
kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka
sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah
masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya
yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan
rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak
soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua
ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus
dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih saying sebagaimana
mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun
dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta
ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang
baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya
supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar